20 July 2013

Ramadan Sepuluh

Mengapa Puasa Ramadan tidak berkesan?

1. Masalah input. Soal aqidah, berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak solat? Marah apabila tidak berpuasa namun tidak sensitif kepada solat.

2. Mindset. Pelaksanaan salah motif. Contohnya, berharap puasa akan menguruskan badan semata - mata.

3. Sistem nilai. Tidak ada rasa ghairah terhadap tawaran Allah swt dalam bulan Ramadan. Segala pintu syurga dibuka, segala pintu neraka ditutup, pahala amalan digandakan, iblis dirantai dan pelbagai lagi namun tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya ekoran ganjarannya tidak nampak.

4. Kecacatan proses. Sejauh mana amalannya menepati perintah Allah swt.

5. Sunat didahulukan, fardhu diketepikan. Solat terawih berjemaah diutamakan tetapi solat fardhu berjemaah tidak dilaksanakan.

6. Amalannya bermusim. Hanya pada bulan Ramadan barulah hendak membaca Al-Quran. Adakah pada bulan Ramadan diwajibkan membacanya?

7. Puasa tidak berjaya meninggalkan dia daripada bercakap perkara yang sia - sia. Berapa ramai yang berpuasa tetapi hanya memperoleh lapar dan dahaga sahaja.

Sebelum kita semua bergerak ke fasa pengampunan Allah swt pada malam kesebelas sama - samalah kita meningkatkan kualiti amalan dan puasa.

Tazkirah disampaikan oleh Dr Ahmad Kamal.

No comments:

Post a Comment