17 August 2013

Pilih Kasih #1

Seorang teman bertanya, bagaimana hendak kenal pasti gadis terbaik juara hati?

Djawab, apabila bertemu dengannya segala masalah, segala kusut, segala kekhuatiran akan lenyap. Dan tidak sukar untuk kenalpasti perasaan itu kerana ia akan dizahirkan melalui perilaku kalian. Yang murung akan terceria, yang rajuk akan terpujuk dan yang luka akan terawat. Dialah racun dialah penawar.

Mungkin ini perasaan yang cuba dizahirkan apabila kuch kuch hota hai, kuch kuch hota hai.

Ps : terima kasih Khairunisak buat asam pedas yang tidak terkalahkan. ;-)

Ramadan Dua Puluh Satu

Berselawat kepada Rasulullah saw mudahan Rasulullah kelak kenal kita sebagai umatnya dan memberi syafaat kepada kita.

Mohon ampunlah kepada Allah. Rasullullah saw yang tidak ada dosa memohon taubat kepada Allah sebanyak 100 kali manakala menurut Imam Bukhari baginda Rasullullah memohon taubat 70 kali sehari.

Doa yang diajarkan Rasullullah kepada Aishah ra jika bertemu dengan lailatulqadar. "Ya Allah engkau Maha pengampun dan gemar kepada orang yang memohon ampun maka ampunkanlah dosa kami."

Allah akan mengampunkan dosa malah memberi ganjaran kepada hambaNya yang bertaubat.

Umpamanya kita melanggar kereta jiran, setelah kita memohon maaf jiran memaafkan kita tanpa minta ganti rugi malah dalam masa sama memberi wang ganjaran kepada kita.

Maka apa lagi alasan kita untuk tidak memohon ampun kepada Allah? Rasullullah saw yang maksum pun bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah, siapa pula kita?

Semoga Allah mengampunkan kita.

Perbanyakkan memohon taubat dan selawat ketika sepuluh malam terakhir. Tidak ketinggalan wanita yang uzur juga jangan beri alasan keuzuran untuk tidak bangun sepertiga malam. Beribadah lah seperti zikir dan doa.