17 August 2013

Pilih Kasih #1

Seorang teman bertanya, bagaimana hendak kenal pasti gadis terbaik juara hati?

Djawab, apabila bertemu dengannya segala masalah, segala kusut, segala kekhuatiran akan lenyap. Dan tidak sukar untuk kenalpasti perasaan itu kerana ia akan dizahirkan melalui perilaku kalian. Yang murung akan terceria, yang rajuk akan terpujuk dan yang luka akan terawat. Dialah racun dialah penawar.

Mungkin ini perasaan yang cuba dizahirkan apabila kuch kuch hota hai, kuch kuch hota hai.

Ps : terima kasih Khairunisak buat asam pedas yang tidak terkalahkan. ;-)

Ramadan Dua Puluh Satu

Berselawat kepada Rasulullah saw mudahan Rasulullah kelak kenal kita sebagai umatnya dan memberi syafaat kepada kita.

Mohon ampunlah kepada Allah. Rasullullah saw yang tidak ada dosa memohon taubat kepada Allah sebanyak 100 kali manakala menurut Imam Bukhari baginda Rasullullah memohon taubat 70 kali sehari.

Doa yang diajarkan Rasullullah kepada Aishah ra jika bertemu dengan lailatulqadar. "Ya Allah engkau Maha pengampun dan gemar kepada orang yang memohon ampun maka ampunkanlah dosa kami."

Allah akan mengampunkan dosa malah memberi ganjaran kepada hambaNya yang bertaubat.

Umpamanya kita melanggar kereta jiran, setelah kita memohon maaf jiran memaafkan kita tanpa minta ganti rugi malah dalam masa sama memberi wang ganjaran kepada kita.

Maka apa lagi alasan kita untuk tidak memohon ampun kepada Allah? Rasullullah saw yang maksum pun bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah, siapa pula kita?

Semoga Allah mengampunkan kita.

Perbanyakkan memohon taubat dan selawat ketika sepuluh malam terakhir. Tidak ketinggalan wanita yang uzur juga jangan beri alasan keuzuran untuk tidak bangun sepertiga malam. Beribadah lah seperti zikir dan doa.

20 July 2013

Ramadan Sebelas.

Hendaklah kamu bertaqwa dan kekal istiqamah.

Jika kita berjalan kepada Allah, Allah berlari kepada kita.

Jika enggan tunaikan perintah Allah, usah tinggal di bumi Allah. Jangan duduk di bawah langit Allah.

Mahu jadi zuhud? Tinggalkan segala yang Allah larang.

Redha kepada apa yang Allah beri. Kamu akan jadi orang terkaya apabila redha kepada ketentuanNya.

Malu dikalangan lelaki itu baik tapi malu dikalangan perempuan itu cukup - cukup baik.

Keadilan untuk semua orang itu baik,  keadilan yang terbaik adalah daripada pemimpin yang adil.

Taubat daripada orang tua itu baik, taubat daripada orang muda amatlah baik.

Orang yang dekat dengan Al-Quran, penyakit nyanyuk akan jauh daripadanya.

Orang kaya yang pemurah itu baik, pemurah daripada miskin cukup baik. Kemiskinannya bukan penghalangnya untuk menderma. Sebegitu juga, kita bukan individu hebat dan berilmu dalam agama namun tidak menjadi halangan untuk kita melakukan ibadat dan berbuat baik.

Orang yang berpaling dari peringatan Allah, sesungguhnya kehidupannya sempit dan akan dibangkitkan dalam keadaan buta.

Lima perkara kelebihan umat Muhammad saw berbanding umat terdahulu :

1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi.
2. Makhluk lain beristighfar kepada orang berpuasa sehingga dia berbuka.
3. 4. 5. ?

Empat perkara hati menjadi gelap :

1. Perut kenyang.
2. Mendampingi orang zalim.
3. Lupa dosa yang lalu.
4. Panjang angan - angan.

Apa makna dunia? Jika tidak beroleh kemaafan dan keampunan Allah swt.

Empat perkara hati cerah :

1. Perut kosong. Tidak dimasukki benda haram dan rajin berpuasa.
2. Mendampingi orang soleh.
3. Ingat dosa - dosa lalu. Nabi Adam as menangis beribu - ribu tahun kerana satu kesalahan. Ditimbang air mata setiap manusia dengan air mata Nabi Daud as, lebih berat air mata Nabi Daud. Ditimbang setiap air mata manusia bersama air mata Nabi Daud dengan air mata Nabi Adam as, jauh lebih berat.
4. Pendek angannya. Sentiasa mengingati mati.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Abdullah dari Baling, Kedah.

Ramadan Sepuluh

Mengapa Puasa Ramadan tidak berkesan?

1. Masalah input. Soal aqidah, berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak solat? Marah apabila tidak berpuasa namun tidak sensitif kepada solat.

2. Mindset. Pelaksanaan salah motif. Contohnya, berharap puasa akan menguruskan badan semata - mata.

3. Sistem nilai. Tidak ada rasa ghairah terhadap tawaran Allah swt dalam bulan Ramadan. Segala pintu syurga dibuka, segala pintu neraka ditutup, pahala amalan digandakan, iblis dirantai dan pelbagai lagi namun tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya ekoran ganjarannya tidak nampak.

4. Kecacatan proses. Sejauh mana amalannya menepati perintah Allah swt.

5. Sunat didahulukan, fardhu diketepikan. Solat terawih berjemaah diutamakan tetapi solat fardhu berjemaah tidak dilaksanakan.

6. Amalannya bermusim. Hanya pada bulan Ramadan barulah hendak membaca Al-Quran. Adakah pada bulan Ramadan diwajibkan membacanya?

7. Puasa tidak berjaya meninggalkan dia daripada bercakap perkara yang sia - sia. Berapa ramai yang berpuasa tetapi hanya memperoleh lapar dan dahaga sahaja.

Sebelum kita semua bergerak ke fasa pengampunan Allah swt pada malam kesebelas sama - samalah kita meningkatkan kualiti amalan dan puasa.

Tazkirah disampaikan oleh Dr Ahmad Kamal.

16 July 2013

Ramadan Lapan

Muflis ibadat, warak namun banyak memaki cela. Berikut adalah perkara yang memufliskan ibadat :

1. Dayus. Lelaki yang membiarkan isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang tanpa dilarang dan membiarkan tidak melaksanakan kewajipan.

2. Menyerupai jantina berbeza.

3. ?

4. Minum arak atau minuman memabukkan.

5. Derhaka kepada ibu dan bapa.

6. Putus silaturahim. Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.

7. Percaya sihir.

8. Mengumpat. Dosanya lebih dasyat daripada berzina. Orang yang berzina Allah akan mengampunkannya dengan taubat. Namun orang yang mengumpat Allah takkan ampunkan sama sekali melainkan memperoleh maaf daripada orang yang diumpat.

Semua ibadahnya tertolak malah memperoleh kemurkaan dan kehinaan kerana melakukan ibadah tetapi ibadah itu tidak mampu mencegahnya melakukan kemungkaran. Umpama menghina Allah.

::

Amalan baik berbalas syurga :

1. Bersedekah. Memberi perkara yang disayangi.

2. Menyembunyikan aib rumah tangga.

3. Menyatukan silaturahim.

4.  Lahaulawalaquwatailabila.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Man di Masjid Taman Rakan

Ramadan Tujuh

Amalan berpuasa diberi ganjaran tidak terhingga banyaknya.

Amalan sunat umpama fardhu manakala fardhu beroleh 70 kali ganda.

Tujuan berpuasa, iktiqad setiap mukmin kekal teguh.

Ramadan Enam

Difardhu kan berpuasa kepada umat Muhammad pada tahun kedua hijrah. Diturunkan secara berperingkat, 3 hari dalam sebulan. Kemudian dimansuhkan dengan waktu berpuasa sebulan selepas melihat anak bulan namun waktu berpuasa adalah bermula sebaik ketika tidur sehingga terbenam matahari.

Matlamatnya bukan berlapar tetapi supaya mendidik jiwa menjadi bertaqwa. Menahan lapar dan minum hanyalah mekanisme.

Rahmat dalam ramadan. Pahala kebaikkan digandakan, keluarga bersama - sama menikmati berbuka dan subuh berjemaah ramai.

Mudah berbuat kebajikan ekoran syaitan dikalangan jin diikat. Namun syaitan dari kalangan manusia tidak dibelengu.

Ustaz Elyas Helmi

Ramadan Lima

Amalan sunat menghidupkan Ramadan :

1. Solat tarawikh.
2. Membaca Al-Quran.
3. Solat fardhu berjemaah.
         Meskipun syaitan dibelenggu, keinginan nafsu diri masih menginginkan bersenang - senang. Berbuat kebaikkan seumpamanya memerlukan paksaan dan dengan paksaan terbit kebiasaan.

4. Zikir - 1. Syahadah
                2. Istighfar
5. Sedekah.
6. Menghadiri majlis ilmu.

::

Diakhir tazkirah, ustaz ada memohon bantuan derma kepada beberapa wakil dari Kemboja bertujuan:

1. Gaji kepada guru kelas fardhu ain.
         Memberi sumbangan kepada guru - guru yang mengajar kerana disana mereka hanya dibayar gaji pun hanyalah dalam kadar RM20 - 30 sebulan. Rata - rata guru yang mengajar hanya niat kerana Allah.

2. Membeli alat tulis murid.
          Majoriti anak - anak murid berkongsi peralatan seperti pensil yang dipotong tiga bahagian.

::

Secara berseloroh ustaz bersungguh - sungguh menyampaikan berkenaan cabaran warga Muslim di Kemboja. Dengan membuat perbandingan dengan guru - guru di Malaysia yang baru sebulan gaji sudah mampu memiliki kereta. Berlainan dengan disana bekerja 20 tahun sekali pun tidak mampu.

Penulis cukup bersetuju malah sayangnya guru - guru di Malaysia lebih banyak merungut. Ada kata gaji tak cukup, ditempatkan di pedalaman bersungut lebih malang ada yang lebih menghayati profesion guru hanya dengan menyalahi pelajar serta memenuhkan masa berbual bersama - sama guru. Mana lah pergi niat berkobar - kobar mendidik semasa mula - mula pengajian? Dan lebih penting di mana letaknya taraf anda sebagai pendidik? Terus teringat kepada guru - guru yang mengungkit - ungkit ilmu yang diberi, mengumpat dalam bilik guru dan lebih banyak berniaga sambilan daripada tumpu kepada kelas. Tidak hairanlah mengapa ramai budak sekolah hanyut.

Manakala isu pensil, di Malaysia anak - anaknya hilang pensil setiap hari berlainan dengan mereka disana menganggap ia sebagai harta berharga.

Agaknya kita kurang merasa susah.

Disampaikan oleh Dr Rahmat

Ramadan Empat

1. Barangsiapa berpuasa dengan penuh pengharapan akan diampunkan dosanya yang lalu.

2. Barangsiapa mendirikan ramadan dengan penuh pengharapan akan diampunkan dosa yang lalu. - Mendirikan solat.

Memperoleh Khusnul Khatimah
1. Mati dalam kalimah syahadah.
2. Mati pada malam jumaat.
3. Mati syahid
4. Orang yang berdoa hendak mati syahid.
5. Orang yang menyeru kebaikkan dan mencegah kemungkaran di hadapan pemimpin yang zalim.
6. Orang sakit yang berdoa dengan doa Nabi Yunus. Sebanyak 40 kali.
7. Sesiapa yang mati selepas menyempurnakan sehari berpuasa.
8. Mereka yang mati di madinah.

: Imam Ahmad dan Imam Tarmizi.

Surah Al-Mulk diamal sebelum tidur menjadi peneman di kubur.

Ramadan Tiga

Hasil daripada puasa maka akan beroleh taqwa.

Puasa fardhu pada bulan Ramadan. Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran.

Membaca; tilawah. Imam syafie, khatam 60 kali dalam Ramadan.

Tanda kasih kepada Allah apabila kasihnya kepada Al-Quran. Tanda hatinya kosong apabila tidak resah apabila tidak membaca Quran.

Berlumba-lumba, sifat tanafus. Tunjukkan sifat tanafus dalam mengejar syurga Allah ketika dalam Ramadan.

Ramadan Dua

Fadhilat puasa :

1. Iktikaf; duduk di dalam masjid kerana mencari redha Allah, keberadaan di dalam masjid. Diam di dalam masjid dengan syarat-syarat tertentu bertujuan memutuskan hubungan dengan makhluk lain dan mencari redha Allah.

Ruang-ruang di dalam ramadhan.

Taraf-taraf masjid, apabila bangunan dan tanah disediakan untuk ibadat, terdapat imam dan ahli jawatankuasanya. Boleh atau tidak berniat iktikaf di surau? Boleh juga. Melainkan surau kecil yang hanya persinggahan untuk ruang solat.

Ramadan Satu

Dilema. Dilema bukan apa, persoalan mampukah istiqamah. Dilema berkongsi potongan tazkirah yang asalnya nak tulis secara minamalis dengan hanya idea utama yelah sembang tujuh minit pun sembang macam monyet. Much? Dilema pun hanya mampu terbitkan setelah malam kelapan. Dilema kelam kabut, tak sempat catit keseluruhan tazkirah terutama sumber potongan hadis dan al-Quran. Dilema juga bersangka baik. Bak kata ustaz Abdullah Man tadi tak bersangka baik terhapus dosa malam nie. Wewit. ;-)

Semoga bermanfaat.

17 April 2013

Loving?

Loving; giving everything without asking nor wanting anything in return