20 July 2013

Ramadan Sebelas.

Hendaklah kamu bertaqwa dan kekal istiqamah.

Jika kita berjalan kepada Allah, Allah berlari kepada kita.

Jika enggan tunaikan perintah Allah, usah tinggal di bumi Allah. Jangan duduk di bawah langit Allah.

Mahu jadi zuhud? Tinggalkan segala yang Allah larang.

Redha kepada apa yang Allah beri. Kamu akan jadi orang terkaya apabila redha kepada ketentuanNya.

Malu dikalangan lelaki itu baik tapi malu dikalangan perempuan itu cukup - cukup baik.

Keadilan untuk semua orang itu baik,  keadilan yang terbaik adalah daripada pemimpin yang adil.

Taubat daripada orang tua itu baik, taubat daripada orang muda amatlah baik.

Orang yang dekat dengan Al-Quran, penyakit nyanyuk akan jauh daripadanya.

Orang kaya yang pemurah itu baik, pemurah daripada miskin cukup baik. Kemiskinannya bukan penghalangnya untuk menderma. Sebegitu juga, kita bukan individu hebat dan berilmu dalam agama namun tidak menjadi halangan untuk kita melakukan ibadat dan berbuat baik.

Orang yang berpaling dari peringatan Allah, sesungguhnya kehidupannya sempit dan akan dibangkitkan dalam keadaan buta.

Lima perkara kelebihan umat Muhammad saw berbanding umat terdahulu :

1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi.
2. Makhluk lain beristighfar kepada orang berpuasa sehingga dia berbuka.
3. 4. 5. ?

Empat perkara hati menjadi gelap :

1. Perut kenyang.
2. Mendampingi orang zalim.
3. Lupa dosa yang lalu.
4. Panjang angan - angan.

Apa makna dunia? Jika tidak beroleh kemaafan dan keampunan Allah swt.

Empat perkara hati cerah :

1. Perut kosong. Tidak dimasukki benda haram dan rajin berpuasa.
2. Mendampingi orang soleh.
3. Ingat dosa - dosa lalu. Nabi Adam as menangis beribu - ribu tahun kerana satu kesalahan. Ditimbang air mata setiap manusia dengan air mata Nabi Daud as, lebih berat air mata Nabi Daud. Ditimbang setiap air mata manusia bersama air mata Nabi Daud dengan air mata Nabi Adam as, jauh lebih berat.
4. Pendek angannya. Sentiasa mengingati mati.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Abdullah dari Baling, Kedah.

No comments:

Post a Comment